Anwar Ibrahim
Presiden PKR

Assalamu’alaikum wr wb
Saya di Istambul ambil kesempatan bincang dengan tokoh Hamas, seorang yang kita kagumi saudara Khaled Mashal. Dan diantara isunya ialah mengukuhkan sokongan kita kepada perjuangan sahih rakyat Palestina. Terutama bila hadapi percubaan untuk menawan, merampas Baitul Maqdis yang menjadi satu pusat ibadah dan pusat Islam yang penting dan ini yang kita bantah. Dan saya bagi pengetahuan bahawa kerajaan Malaysia dan saya sendiri tentunya akan terus berjuang pertahankan hak Palestina.

Brothers and sisters, I have this opportunity to discuss with a prominent leader of the Palestinian cause. Hamas. Brother Khaled Mashal, whom we have very high regrads and respect. And we have reassured himthat our stance as a government, me, personally and our cause will never compromise on the need to support the legitimate cause and aspirations for the Palestinian peopleand to defend the status of Baitul Maqdis and Jerusalem as the Capitalof the Palestinians with real recognition for the rights of all others religions including Judaism and Christianity. That we will never compromise. And we will strongly oppose, any attempt by the United States or any other government that would create dissension and go against the will of the legitimate aspiration of the people of Palestine.

Khaled Mashal
Cahirman of Hamas (1996-2017)

Terimakasih, pada malam ini di Istanbul, saya berbesar hati dapat berjumpa dengan al-Ustaz (gelaran kepada orang yang dihormati) Anwar Ibrahim, seorang ketua parti dan ahli politik Malaysia yang dikenali. Saya gembira dengan perjumpaan ini. Saya telah mendengar daripada beliau tentang pendirian pribadi beliau dan Malaysia dari sudut kepemimpinan dan kebangsaan tehadap rakyat Palestina dan pelbagai isu yang berkaitan dengan permasalahannya/ isu yang berlaku, hak rakyat, isu Quds, Masjidil Aqsa dan Gaza, wawasan rakyat kami untuk mencapai kemerdekaan, kebebasan kami daripada penjajahan. Bukanlah sesuatu yang mengherankan apabila Malaysia menyokong rakyat kami secara resmi dan patriotik. Karena Malaysia juga merupakan negara Islam dan dihormati.

Pendirian Malaysia yang menyokong perjuangan kami, justru kami adalah rakyat yang berhak. Kami mau membebaskan rakyat kami dari penjajahan Israel. Hidup dengan bebas di atas tanah sendiri, membina pemerintahan yang bebas dengan memiliki kekuasaan penuh diatas tanah ini. Sebagai keturunan Quds, dengan memiliki hak untuk kembali ke tanah Palestina. Kami tidak akan menyerah kalah dalam hal berkaitan permasalahan kami. Quds kami, hak kami, kepada penjajah Israel yang tidak memiliki legalitas undang – undang. Kami mempunyai keyakinan besar terhadap rakyat kami.

Malaysia sebagai salah satu negara Islam yang kami banggakan, bukan saja dari sudut pendiriannya terhadap kawasan kami dan isu Palestina, malah juga dari sudut pencapaian ekonomi. Kami mengharapkan Malaysia akan terus berada dalam kesejahteraan dan kebaikan. Kami berasa gembira dengan saudara kami, Anwar. Melalui saudara, saya panjatkan ucapan tahniah kepada Malaysia dan kepemimpinannya. Semoga Allah memberkati Malaysia. Ucapan khas untuk saudara Anwar daripada saya secara pribadi.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silahkan isi komentar Anda!
Silahkan isi nama Anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.